Khamis, 11 Februari 2010

Ikhlas

Bertemu lagi.......
Sukarnya mencari keikhlasan dalam diri.Semua perbuatan maupun percakapan sukar untuk diukur keikhlasanya. Dalam apa jua perkara,keikhlasan itu amatlah penting. Disaat ini saya mengakui, ALLAH sedang menguji keikhlasan hati saya.Ibu oh Ibu.......... di telan pahit,dibuang sayang. Maafkan saya Ibu,ampuni hambaMu ini Ya Allah,berilah hambaMu ini kekuatan fizikal dan mental serta keihlasan hati untuk menjaga Ibu. Mudah2an ALLAH memberikan pertolonganNya bagi mententeramkan hati hambaNya ini.
Dulu,saya hanya mendengar dan melihat saja rakan2 menjaga Ibu, Tapi disaat ini,giliran saya pula. Alhamdulillah dan saya redha. Sewajibnya saya memikul tanggungjawab ini.Moga Allah membantu saya dari segala sudut untuk saya membalas jasa Ibu,walaupun tidak 100% tapi biarlah di usia akhir ini, Ibu menghabiskan sisa usianya di tangan anaknya.
Ya Allah, Kau berilah hambaMu ini kekuatan iman,keikhlasan dalam diri dan hati ini,agar hambaMu ini dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin.AMIN.........

Isnin, 28 Disember 2009

AURAT

Baru-baru ni saya berpeluang menjejakkan kaki ke surau di salah sebuah hotel di JB. Walaupun cuma ditempatkan di aras bawah tapi Alhamdulilah sekurang2nya telah ada kemudahan bagi pelanggan Islam untuk menunaikan kewajipan mereka. Ini bermaksud,kerajaan amat perihatin kepada tuntutan agama kita. Cuma kita saja, ibarat kata pepatah - tepuk dada tanya IMAN. Ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan sahabat2 - TAZKIRAH 4 MINIT. Risalah yang diletakkan di atas tempat rak kasut. Tajuknya KEWAJIPAN MENUTUP AURAT.
Petikan hadith riwayat Muslim, Nabi bersabda: " Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka yang aku tidak sempat melihat mereka kerana tidak ada di zamanku,mereka akan wujud diakhir zaman, yang pertama ialah yang mempunyai pemiat2 dan cemeti2 laksana ekor lembu. Dia memukul ke kiri dan ke kanan, melakukan kezaliman tanpa perhitungan kepada manusia. Dan yang kedua, perempuan2 yang bertelanjang dan yang memakai pakaian tetapi pakaian yang menggoda, nipis, ketat yang menipu menutup aurat,di atas kepala mereka dihias, rambutnya laksana goh2 unta, mereka tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium pada jarak bertahun2 lamanya ".
Ramai kaum Hawa yang bertudung sekarang ini tidak lagi menepati apa yang disarankan oleh Islam. Malah ada yang menutup aurat secara menipu - contohnya memakai pakaian yang ketat yang menampakkan susuk tubuhnya DAN memakai tudung, itu dirasakan telah melengkapi syarat menutup aurat. Dan mengaggapkan bahawa inilah pakaian menutup aurat dalam Islam.
Jika di lihat dari sudut didikan berpakaian dari usia 'rebung', amatlah wajib bagi ibubapa menghentikan terus pakaian yang 'ala2 menutup aurat' ini. Maksudnya, jangan biarkan anak2 kita bebas mengenakan pakaian yang singkat tapi mengenakan tudung di kepala. Secara tidak langsungnya ini menberikan gambaran awal kepada anak2 - oohh........ inilah pakaian yang sesuai untuk kaum wanita Islam. Segera hentikan penipuan ini, bagi mengelakkan kekeliruan dalam jiwa anak2 kita.
Di sini ingin saya memetik sedikit pendapat daripada penulis Tazkirah 4 minit ini - " Jangan kita sangka bahawa tidak sesuai memakai tudung labuh untuk anak2 perempuan kita yang masih kecil kerana mereka tidak mengetahui apa2. Akan tetapi disitulah letaknya kesilapan. Apabila anak telah membesar kelak, mereka akan berasa janggal dan rimas dengan pakaian yang menutup aurat. Mulakan pendidikan anak2 dari kecil ".
Ayuh sahabat,mulakan di rumah. Mudah2an hidup kita sentiasa di bawah lindungan ALLAH. AMIN.....................

Ahad, 20 Disember 2009

Kembali kesekolah

Tidak berapa lagi cuti panjang akan berakhir.Anak-anak mula sibuk meminta beli itu dan ini.seperti suasana raya pula.Ibubapa yang pening,duit keluar macam air lajunya.Nak beli baju,sepatu,beg sekolah,stokin,alatan tulis dan yang paling penting BAYARAN YURAN.Inilah pengorbanan yang tidak ternilai harganya kepada anak-anak...tetapi sejauh manakah anak-anak sekarang menilainya?Sedih sekali bila melihat anak2 yang telah rosak akhlak.Tergadai segala pengorbanan ibu dan ayah.Bila memikirkan ini semua,rasa bimbang pula- bagaimana agaknya anak-anak saya nanti.Sungguh hebat cabaran bagi ibubapa sekarang untuk mendidik anak2 agar menjadi insan yang berguna dan berjaya bukan didunia sahaja malah diakhirat juga.Mudah2an anak2 ku akan menjadi insan yang berjaya dan menjadi anak yang soleh dan solehah,AMIN.

Rabu, 16 Disember 2009

laman web

Laman web........lagi satu tugasan yang merangsang minda saya.susahnya nak faham.maklumlah 'remaja purba' memang susah nak faham.Puas pensyarah terangkan tapi 'blerrr'...itulah seronoknya belajar di usia 'perak' ni.susah nak faham.bersaing pulak dengan adik-adik yang masih fresh mindanya.tidak mengapa,yang penting itu cabaran pada saya.seronok juga bila bersaing dengan adik-adik ni.yang pasti--saya akan cuba.

Ahad, 15 November 2009

Asigmnt Pend Moral

SEJARAH SEKOLAH AGAMA PARIT PINANG SERIBU

Pendidikan Agama di kampung ini, telah wujud sebelum berlaku peperangan Jepun tetapi tidak dapat direkodkan kerana tidak ada sistem yang teratur. Pada asalnya sekolah ini diuruskan oleh penduduk kampung dengan nama Kelas Al Quran. Kelas ini dikelolakan oleh seorang guru yang bernama Tuan Haji Mohd Said bin Mohd Dahan. Kelas Al Quran ini berjaln terus sehingga selepas Peperangan Jepun, atas inisiatif penduduk yang diketuai oleh Ketua Kampung, Tuan Haji Munip bin Haji Noor, maka pada 1 November 1945, terbentuklah sistem sekolah Agama yang bersistematik serta mendapat bantuan dan sokongan kerajaan. Tenaga pengajarnya terdiri daripada seorang guru dengan murid seramai 44 orang ( 28 orang lelaki dan 16 orang perempuan). Pelajar-pelajar ini ditempatkan dalam satu bangunan yang dibina oleh penduduk kampung terletak diatas sebidang tanah kepunyaan Tuan Haji Munip bin Haji Noor.
Sistem guru menunggal berjalan selama lebih tiga tahun, pada 2 Januari 1949, seorang lagi guru telah ditambah ( Tuan Haji Yusof bin Haji Abd. Samad) sebagai guru penolong dengan bilangan murid seramai 100 orang. Pentadbiran sekolah berterusan dari sehari ke sehari.

Memandangkan sistem pendidikan pada masa itu memerlukan pengasingan diantara pelajar lelaki dan perempuan, atas usaha penduduk kampung dan sokongan dari Penghulu Mukim Parit Bakar, Tuan Haji Hosrin bin Abdullah, pada tahun 1959 pelajar-pelajar ini berjaya diasingkan diantara lelaki dan perempuan di mana pelajar perempuan dikelolakan oleh Cikgu Jasimah binti Haji Mohd Som.

Setelah hampir 21 tahun pentadbiran sekolah yang berasingan ini berterusan, sekali lagi berlaku perubahan pentadbiran, pada 4 Januari 1987, dengan arahan daripada Pengelola Pelajaran Agama Daerah Muar, hendaklah dicantumkan semula dibawah satu pentadbiran yang diketuai oleh seorang guru besar dari Sekolah Agama Lelaki, ( Cikgu Abd Hamid bin Yusof sebagai guru besar dan Cikgu Hajjah Dawamah binti Haji Yaakob sebagai guru penolong). Penempatan pelajar-pelajar adalah menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu dengan persetujuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu.

Disamping memberi pendidikan kepada anak-anak penduduk kampung, pihak sekolah dengan bantuan Badan Kebajikan Sekolah ( ditubuhkan 1987) telah berusaha dan membuat kertas kerja untuk memohon bangunan sekolah sendiri. Salah seoraang daripada penduduk kampung telah bermurah hati mewakafkan tanah bagi mendirikan bangunan Sekolah Agama.

Setelah usaha pewakafan selesai dan mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Negeri Johor, pembinaan bangunan dimulakan pada tahun 1992 dan siap pada 1993 dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 443.000 lebih. Pada April 1993 satu majlis penyerahan anak kunci sekolah telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan kepada Guru Besar Sekolah Agama Parit Pinang Seribu.

Pada hari Khamis, 29 September 1994 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1415 Sekolah Agama Parit Pinang Seribu telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahyuddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Besar Johor.

Bangunan sekolah ini terdiri daripada satu bangunan dua tingkat yang mempunyai satu bilik guru, satu pejabat Guru Besar, lima bilik darjah, satu Dewan, satu Bilik Musolla, dua bilik wudhu dan dua tandas Guru serta dua tandas murid. Sehingga kini jumlah guru yang pernah mengajar di sekolah ini, adalah lebih kurang 36 orang guru.

Sepanjang saya mengajar di sekolah ini iaitu selama 3 tahun, saya telah berkongsi pengalaman mengajar dengan beberapa orang guru antaranya ialah Puan Hjh Fatimah binti Mohd Drom sebagai Guru Besar,Puan Zalehah binti Mohd Sa sebagai Guru Penolong Kanan 1,saya sendiri sebagai GPK HEM,Puan Rohani binti Kaimi dan Pn Hjh Masitah binti Salam sebagai Guru Penolong.

Kesemua guru yang mengajar di sini telahpun berumahtangga,dan kebanyakan anak-anak mereka masih lagi bersekolah kecuali putera dan puteri kepada Guru Besar yang telahpun berumahtangga.

Lokasi sekolah saya,kira-kira 4 – 5 kilometer dari pekan yang berhampiran iaitu Pekan Parit Jawa yang terkenal dengan Asam Pedasnya.Menurut kata orang tua-tua di kampung ini,nama kampung ini berasal dari setandan pinang yang berbuah lebat dan kemungkinan juga seribu biji atau lebih.Dari peristiwa terjumpanya tandan itu maka kampung ini telah diberi nama ‘Pinang Seribu’. Apa yang menariknya,di sepanjang jalan memasuki kampung ini juga telah di tanamkan pokok-pokok pinang sebagai satu simbolik kepada nama kampung tersebut.

Disepanjang bulan Julai,Ogos dan September, sekolah saya tidak banyak mengadakan aktiviti.Ini adalah disebabkan kita akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ogos.Namun begitu,pada 02 julai 2009,sekolah saya telah menghantar beberapa orang wakil ke Pertandingan Tilawah peringkat zon Bandar .Dalam pertandingan ini,wakil kami telah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara tilawah Al-Quran Putera dan Puteri tahap satu.Pada pertengah bulan September pula,kami telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran iaitu pada 15 september 2009.Selama 2 minggu sebelum majlis kami telahpun mengadakan tadarus beramai-beramai.Kami telah membahagikan juz-juz Al-Quran kepada beberapa buah darjah.Setiap darjah perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 5 juz dalam masa 2 minggu.Alhamdulilah semua perancangan telahpun berjalan dengan lancar dan berjaya dilakukan.









WACANA

GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan remaja kelas menengah dan atasan juga. Pada umumnya,gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.
Sesetengah ibubapa harus mengakui,mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani masalah mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Ibubapa kini perlu sedar bahawa jiwa remaja sekarang adalah tidak sama dengan jiwa remaja pada zaman mereka dahulu.Interaksi juga berbeza,anak-anak sekarang lebih cenderung kepada interaksi dua hala. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak-anak juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.
Ibubapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibubapa dan sebaliknya meraka mahu membina jati diri sendiri. Jika ibubapa masih mengamalkan konsep ‘melindungi’ dan bukan ‘tempat meluahkan masalah’,remaja akan kelihatan bermusuhan dengan ibubapa kerana jiwa mereka tidak difahami.
Sememangya menjadi ibubapa di zaman yang sangat pesat berkembang dan membangun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Para ibubapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha mendidik serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak. Peringkat yang paling sukar sekali ialah peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja. Inilah peringkat yang penuh denga pelbagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh yang tidak baik iaitu yang melekakan,yang mengkhayalkan,yang menyelewengkan aqidah dan akhirnya merosakkan akahlak serta menyebabkan berbagai jenis salahlaku dan jenayah dikalangan remaja.
Institusi kekeluargaan yang goyah juga merupakan faktor pemyumbang kepada isu gejala sosial di kalangan remaja masa kini. Penerapan nilai-nilai agama seharusnya dipupuk sejak remaja itu kecil lagi. Sekiranya ibubapa bersikap sambil lewa sahaja terhadap pendidikana agama anak-anak mereka,ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial. Komitmen ibubapa terhadap kerjaya menyebabkan mas yang diluangkan bersama-sama keluarga amatlah terhad,ini mengakibatkan anak-anak terbiar dan kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Mereka mula rasa tersisih dan terbiar. Selain daripada itu,rumahtangga yang bermasalah juga,sepeti pergaduhan dan penceraian turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Selain daripada itu,antara faktor penyumbang kepada gejal sosial ini ialah pengaruh kemodenan global. Pengaruh ini lebih mencabar dengan bantuan berbagai alat media massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam menyebarkan berbagai imformasi terkini. Melalui teknologi yang semakin canggih ini,golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat,namun tidak semua maklumat-maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan remaja mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adengan-adengan negetif dari filem-filem barat menimbulkan perasaan ingin mencuba sendiri mengikut apa yang ditonton. Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamayan,masyarakat yang befikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh mengakses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikitran negatif. Disini lah tugas ibubapa,kita tidak boleh menghalang kemodenan global tetapi kita sebagai ibubapa seharusnya bijak memainkan peranan sebagai ‘penapis’ kepada ana-anak kita agar mereka tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Faktor pakaian pula,jika dipandang betul-betul,cara berpakaian sesetengah golongan remaja di masa ini cukup memalukan. Cara mereka berpakaian amatlah bertentangan dengan apa yang digariskan oleh islam dan tiada unsur-unsur ketimuran. Jika dilihat mereka begitu ghairah untuk meniru budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka begitu bimbang akan di lebalkan sebagai kuno,ketinggalan zaman dan berfikiran sempit jika tidak mengikuti fesyen terkini. Bukan sahaja cara berpakaian malah fesyen potongan rambut juga di pengaruhi oleh barat. Jika dilihat dikedai-kedai rambut,amat jarang sekali kita melihat model-model dari kalangan warga tempatan,kebanyakannya model dari barat. Kita tidak dilarang berfesyen,tetap berpadalah dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Firman ALLAH swt…” Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar),cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka tidak digangu, dan ingatlah Allah amat pemgampun lagi amat mengasihani” Al- Ahzab : Ayat 59.
Akhir-akhir ini, pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi tidak dilihat sebagai satu pelanggran perintah Allah swt. Sebenarnya islam sendiri menggalakkan umatnya saling mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina,bangsa dan agama. Dan memang satu yang lumrah,jika perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan initidak dikawal,sudah tentu ini boleh menimulkan gejala yang lebih parah lagi iaitu pergaulan bebas,zina,anak luar nikah,pembuangan bayi,penguguran janin dan sebagainya. Remaja perlu diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya mengelakkan pergaulan tanpa batas,berdua-duaan ditempat sunyi dan sebagainya.
Remaja kita juga terlalu banyak masa terluang,mereka seolah-olah tidak mengatur jadual hidup seharian mereka. Mereka tiada aktiviti yang khusus bagi mengisi masa lapang tersebut. Sekiranya masa lapang golongan ini terbatas,mereka akan rasa kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang menarik akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti rempit,ragut.lepak,kutu embun dan sebagainya.


Firman Allah dalam surah Al Qashash ayat 77,tafsirnya : “ Dan janganlah kamu melakukan kerosakan dimuka bumi ini,sesungguhnya Allh swt tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan”. Berikut adalah sebahagian daripada isi kandungan khutbah Jumaat pada 15 Jun 2007,di sebuah masjid di Brunei.
“ Sesungguhnya golongan remaj dan belia adalah harapan negara. Merekalah yang diharapkan untuk menjadi pemimpin di masa akan datang. Bangun dan jatuhnya sesbuah bangsa dan negara,banyak terletak kepada golongan remaja dan belia. Jika mereka rosak,sudah tentunya negara akan jatuh di masa akan datang”.
“ Gejala sosial yang semakin menular ini sudah pasti akan menjejaskan kehidupan,merendahkan martabat diri dan masyarakat serta memberi gambaran buruk kepada rakyat dan negara.Gejala ini juga mengundang kemurkaan Allah swt kerana Allah telahpun memberi peringatan dalam ayat di atas”.
Dari petikan teks khutbah itu tadi,kita sedar bahawa permasalahan ini bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja malah di negara-negara lain juga. Semua berharap kita dapat sama-sama berganding bahu membenteras gejala sosial yang semakin meruncing ini. Selain dari kesedaran ibubapa dalam menangani masalah ini,malah ahli-ahli pertubuhan,jabatan-jabatan kerajaan dan swasta seharusnya memainkan peranan mereka masing-masing. Banyak aktiviti yang boleh di fikirkan untuk golongan remaja ini agar belia dan remaja mempunyai keimanan yang kukuh serta memiliki akhlak yang mulia,dengan menyediakan program-program ilmiah,rekreasi,forum belia,perkhemahan,kem jati diri,musabaqah belia,pidato dan sebagainya
“ Dari Abi Hurairah r.a ia berkata : sabda Rasulullah saw bersabda : Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi “.(Riwayat Imam Al-Bukhari). Dari hadith tersebut,amatlah nyata bahawa peranan ibubapa amatlah besar dalam soal pendidikan akhlak dan tingkah laku anak-anak mereka dengan menerapkan ilmu agama dan sosial dari kecil lagi kerana ibubapalah yang bertanggungjawab membentuk sakhsiah atau keperibadian anak-anak mereka. Asas pendidikan agama perlu dipertekankan sejak kecil lagi dengan menentukan bahawa anak-anak menghayati agama dengan menguatkan aqidah serta amalan. Dari semasa kesemasa kita perlu menigkatkan kefahaman tentang isi Al-Quran disamping sentiasa memperbaiki amalan-amalan yang dituntut oleh Allah swt. Seharusnya aktiviti ini dilakukan bersama di kalangan ahli keluarga dan bapa sebagai ketua dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
Remaja kita juga sering gemar mencari idola mereka. Ada yang menjadikan pelakon,penyanyi,para cendikiawan,tidak kurang juga para pemimpin untuk dijadikan sebagai idola mereka. Mereka gemar meniru gaya idola mereka,samada gaya berpakaian,stail rambut,berjalan,bercakap dan ada sanggup berhabis wang semata-mata untuk kelihatan seperti idolanya. Mengapa kita tidak menjadikan Rasulullah sebagai idola? Kita semua sudah sedia maklum bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan. Rasulullah juga contoh terbaik dalam membentuk akhlak dan keperibadian manusia.
Rasulullah sebelum wafatnya telah meninggalkan kepada kita 2 perkara iaitu Al-Quran dan Hadith,kiranya kita berpegang pada dua perkara ini nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya. Kita mahukan remaja kita menjadi remaja yang berkualiti,yang konsisten kepada amalam-amalan beragama,kepada budi pekerti yang mulia serta sentiasa memahami akan harga diri mereka selaku aset negara. Mereka perlukan bimbingan,pedoman,sokongan dan galakkan untuk melakukan amal maaruf. Malangnya di zaman serba canggih ini, kebanyakan kita leka dan ada yang memandang rendah pada aktiviti keagamaan. Sebelum terlewat,marilah kita kembali ke jalan yang benar,marilah kita kembali menghayati dan mempraktikkan ajaran islam mengikut Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Allah sahajalah yang boleh menyelamatkan anak-anak kita dari segala gejala dan penyakit sosial yang dialami oleh remaja sekarang. Mudah-mudahan dengan demikian anak-anak kita akan terselamat di dunia dan di akhirat.AMIN…………….. .
Sebagai renungan bersama :
Firman Allah dalam surah Al Anfaal,ayat 25,tafsirnya :
“ Dan jagalah diri kamu daripada seksa yang bukan sahaja akan menimps orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kesemuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah Subhanahu Wata’ala Maha Berat azab seksaNya”
Hadith:
Dari Anas r.a katanya : “ Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : : Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu,meratanya kebodohan,berlakunya(merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya”.